Prior to its official establishment on 1st January 2025, the Faculty of Business and Management’s (FBM) programmes were managed under the Faculty of Management, Education and Humanities (FMEH). Formerly, this faculty was known as the Faculty of Business and Management, but it is now recognized as the Faculty of Business, Management and Humanities. Accordingly, the Diploma in Psychology programme will come fully under this faculty effective 1st October 2025.
The first management-related programme offered was the Diploma in Hotel Management on 25th April 2015. This was followed by the introduction of additional diploma programmes:
• Diploma in Logistics Management
• Diploma in Human Resources Management
• Diploma in Business Management
• Diploma in Psychology
• Foundation in Business
The faculty has also expanded its offerings by introducing two bachelor’s degree programmes in 2019, marking a new milestone. The following are the degree programmes offered under this faculty:
• Bachelor of Business Administration (Hons.)(Human Resource Management)
• Bachelor of International Supply Chain Management (Hons.)
• Bachelor of Islamic Finance (Hons.)
In 2020, the faculty expanded its offerings to the postgraduate level with the introduction of the Master of Business Administration (MBA) programme. Meanwhile, on 3 November 2025, another programme was approved under this faculty, namely the Doctor of Philosophy (PhD) in Business Management.
Kolej milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), hari ini dimasyhurkan sebagai Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) selepas dinaik taraf pada 31 Dis lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, penaikan taraf kepada universiti oleh Kementerian Pendidikan Tinggi itu mencerminkan kematangan institusi serta komitmen baharu terhadap masa depan.
Secara khususnya, Fakulti Perniagaan, Pengurusan dan Kemanusiaan amat berbangga dengan pencapaian pelajar kami, Muhammad Amirul Aqmal (tengah), yang telah mengharumkan nama fakulti menerusi kecemerlangan akademiknya dengan menerima Anugerah Siasah Ibadurrahman UniMAIWP, berserta hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan sebuah trofi.
Audit pematuhan MQA04 bagi empat (4) program di bawah Fakulti Perniagaan, Pengurusan dan Kemanusiaan (FPPK) telah selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 30 April 2026 melibatkan lawatan penilaian oleh pegawai dan panel penilai.
Program ini melibatkan pelajar program Diploma Pengurusan Hotel di bawah FPPK yang telah diberi tanggungjawab membantu pengendalian penyajian makanan kepada tetamu kehormat termasuk pihak kementerian. Penglibatan ini memberi pengalaman praktikal kepada pelajar dalam aspek hospitaliti, etika layanan dan pengurusan majlis rasmi.
Penglibatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran praktikal dalam suasana majlis rasmi serta meningkatkan pengalaman industri secara langsung.
Melalui penyertaan ini, FPPK telah membuka reruai pameran dan pemasaran bagi memberikan pendedahan kepada para pengunjung berkaitan peluang melanjutkan pengajian di UniMAIWP. Antara pengisian utama termasuk penerangan mengenai program akademik yang ditawarkan, syarat kemasukan, laluan pengajian, peluang kerjaya graduan serta kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh universiti.
Selain itu, para pegawai yang terlibat turut mengadakan sesi konsultasi pendidikan dan perkongsian maklumat berkaitan bantuan kewangan serta pembangunan pelajar bagi membantu pengunjung mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai peluang pengajian di UniMAIWP.
Program ini memberi penekanan kepada persediaan awal graduan dalam menghadapi alam pekerjaan. Antara pengisian utama termasuk penulisan resume yang berkesan, teknik menghadiri temuduga, etika profesional di tempat kerja serta pembangunan kemahiran insaniah.
Selain itu, peserta turut berpeluang berinteraksi dengan pihak industri, alumni dan pakar kerjaya bagi mendapatkan perkongsian pengalaman serta panduan secara langsung berkaitan dunia pekerjaan sebenar.
Program ini telah berjaya mencapai objektif dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai persediaan kerjaya dan dunia pekerjaan sebenar. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan lagi tahap kebolehpasaran graduan.
Perbincangan kolaborasi ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh hubungan akademik antara FPPK dan Center for Global Engagement, Lyceum of the Philippines University Cavite. Sesi ini membincangkan pelbagai potensi kerjasama termasuk program mobiliti antarabangsa, pertukaran akademik, serta penyelidikan bersama.
Selain itu, perbincangan ini turut menekankan kepentingan pembangunan jaringan antarabangsa bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar, memperkukuh kompetensi silang budaya, serta memperluas reputasi institusi di peringkat global.
Program ini diadakan bersempena pengumuman keputusan SPM 2025 dengan penglibatan pelbagai institusi pendidikan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan peluang melanjutkan pengajian. Penyertaan FPPK melalui reruai pameran pendidikan memberi peluang kepada pelajar dan ibu bapa mendapatkan maklumat berkaitan program akademik UniMAIWP, syarat kemasukan, laluan pengajian serta peluang kerjaya graduan.
Selain itu, sesi konsultasi pendidikan turut diadakan bagi membantu pelajar membuat pilihan pengajian yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan akademik masing-masing.
Program sumbangan ini telah dikendalikan oleh pensyarah, Encik Muhamad Firdaus Bin Ibnil Hajar, yang bertindak menyelaras proses pengumpulan dan penyerahan sumbangan kepada penerima. Pelaksanaan dibuat secara teratur dengan sokongan daripada warga fakulti yang turut menyumbang dalam bentuk barangan keperluan.
Secara keseluruhannya, inisiatif sumbangan ini berjaya mencapai objektifnya dalam membantu pelajar Cambodia yang memerlukan. Program ini mencerminkan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga akademik, di samping mengukuhkan hubungan antara komuniti universiti melalui amalan kebajikan dan solidariti.
Program Infaq Ramadan: Penyediaan Bubur Lambuk telah dilaksanakan oleh pelajar Fakulti Perniagaan, Pengurusan dan Kemanusiaan di Masjid Saidina Hamzah sebagai sebahagian daripada tugasan kursus Principles of Management yang dikendalikan oleh Encik Muhamad Firdaus Bin Ibnil Hajar.
Aktiviti ini melibatkan penglibatan pelajar dalam penyediaan bubur lambuk melalui pendekatan community engagement, di mana pelajar mengaplikasikan fungsi-fungsi pengurusan seperti perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan dalam situasi sebenar.
Program Professional Talk: “From Campus to Industry” telah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peralihan daripada alam kampus ke dunia pekerjaan. Sesi perkongsian oleh Ms. Shariah Bagam binti Abdul Rahman menekankan aspek pembangunan kerjaya, kemahiran profesional, etika kerja serta cabaran sebenar dalam industri.
Program ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk memahami keperluan industri semasa serta mempersiapkan diri dengan lebih awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai dunia pekerjaan. Sesi perkongsian oleh Shariah Bagam binti Abdul Rahman telah memberikan impak positif dalam meningkatkan kesiapsiagaan pelajar untuk beralih dari alam kampus ke industri.
Kerjasama ini merupakan satu inisiatif strategik antara FPPK dan One Work Solution dalam memperluaskan peluang kerjaya melalui pendekatan ekonomi gig. Kerjasama ini memberi fokus kepada pendedahan awal berkaitan trend pekerjaan moden yang lebih fleksibel, berasaskan teknologi serta memenuhi keperluan pasaran semasa.
Selain itu, inisiatif ini turut membuka ruang kepada pembangunan bakat, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan yang lebih relevan, di samping meningkatkan kesiapsiagaan pelajar dalam menghadapi perubahan dunia kerjaya yang dinamik.
Sesi ceramah ini telah berlangsung dengan penglibatan penuh pelajar Tingkatan 5 SMKTDH. Program ini memberi penekanan kepada pendedahan awal berkaitan pilihan pendidikan selepas SPM termasuk laluan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti serta peluang kerjaya berdasarkan minat dan potensi pelajar.
Selain itu, sesi perkongsian turut merangkumi aspek kemahiran insaniah, keperluan pasaran kerja semasa serta kepentingan merancang masa depan dengan lebih teratur. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar mendapatkan penjelasan lanjut.













Faculty of Business, Management & Humanities
MAIWP International University,
Level 20, Jalan Tangsi, Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 03-6192 0600 / 640
Fax : 03-6187 9510
General : admin_fppk@unimaiwp.edu.my
Admission : etawaran.unimaiwp.edu.my
Copyright 2023. University College of MAIWP International. All Right Reserved.